~Mak Ayah~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Kitab Dosa-dosa Besar Dan Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub

Berbetulan pula syeikh syarah 2 kitab ni membicarakan dosa dengan Mak Ayah. Syeikh cakap 'ni mesti ada antara kamu yang ada buat salah dengan mak ayah ni. Ada sebab ni kita dok mengaji pasal dosa kat mak ayah. Kamu ni bukan betui sangat saya tengok. Ada dosa dengan mak ayah tolong bagi settle'

Buatlah amal banyak mana pun tapi kalau derhaka pada mak ayah.. amalan tak akan diterima. Redha Allah terletak pada redha mak ayah.. Takutnya. Kalau cakap 'huh' ja boleh jadi derhaka. Tapi sekarang bukan cakap 'huh' ja kan. Ramai yang berlaku kasar dengan mak ayah. Tendang terajang. Allahu Akbar. Kecut perut bila syeikh nasihat macam-macam. Cik zieta pun kadang-kadang..... huhu T__T.. mak ayah doakan cik zieta selalu menjadi anak yang solehah yang boleh membahagiakan mak dan abah. Cik zieta tau cik zieta bukan anak yang baik tapi cik zieta sedang belajar menjadi baik..InsyaAllah. Air mata sila mengalir.. :(.

Syeikh cakap salah satu tanda mak ayah redha dengan kita, bila kita jumpa mak ayah akan cium kita. Hmmm.. terima kasih abah sebab cium dan peluk cikta. huhuhu.. walaupun cikta tak tahu apa yang tersirat di hati abah. Mudah-mudahan abah redha. Mak macam mana?...kena selalu lawat kubur mak dan doakan mak. Dosa cikta pada mak tinggi menggunung.. Allahu Rabbi.. Pesan syeikh kalau mak ayah dah meninggal kena isghtifar, selawat, tahlil 70000 kali hadiahkan pada arwah sampai dapat mimpi atau orang terdekat dapat mimpi. Barulah arwah redha dengan kita. Buat la sampai dapat tanda.

Jadilah seperti Uwais yang terkenal di langit tetapi tidak di bumi. Sebab apa?.. Khidmat bakti dia kepada mak. Tengok belakang Uwais saja pun Allah dah ampunkan dosa. Hebatnya kedudukan orang yang memuliakan mak ayah. Ye la.. ko ingat ko boleh ada kalau mak ayah tak ada. Silap banyak la ko. Mak ayah lahirkan ko.. besarkan ko bila besar ko nak tunjuk pandai pula. Mentang-mentang ko dah berjaya ko rasa mak ayah ko bodo plak.. huhuhuhu.. Jangan sesekali fikir begitu yea adik abang kakak pakcik makcik.. Hebat macam mana pun kita tolong tawadduk dengan mak ayah. Sedar diri. Jangan rasa diri pandai. Nasihat untuk diri sendiri banyaknya. 

Buat isteri, mak ayah suamimu bagai mak ayahmu sendiri. Kena hormati dan sanjungi. Buat suami, jadilah 'mamaboy' jangan ikut kehendak isteri semta-mata sehingga lupa mak ayah sebab syurgamu ada pada ibumu. Bukan mudah semua tu.. huhu.. Pandang selalu muka mak ayah. Di wajah itu ada kasih sayang.. kesusahan.. keperitan menjaga kita. Allahu Akbar.. Sebak. Terima kasih mak abah.. cikta tak pernah buat apa-apa pun untuk mak abah. Maafkan cikta. Terima kasih syeikh di atas segala nasihat. Alhamdulillah.





30 Rabiulawal 1438H





Ulasan