Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
11 Mac 2017@ 12 Jamadilakhir 1438H @ Sabtu
11 Mac 2017@ 12 Jamadilakhir 1438H @ Sabtu
Alhamdulillah.. kurniaan Allah yang paling indah. Akhirnya impian cik zieta terlaksana.. selama 10 hari menunggu. Bunga-bunga bahagia akhirnya menjelma. cehhhh. macam apa jea ayat. Permintaan cik zieta yang dipandang sepi itu telah berjawab dan telah diluluskan. Senyum sampai ke hari ini. Semuanya berlaku dalam keadaan yang tak disangka. 2 tahun cik zieta kat zauwiyah tu tak pernah lagi dengar syeikh sebut nama muslimah2 ni dalam situasi macam tu. Hang rasa bahagia je kan bila syeikh sebut nama hang.. hahahaha.
"Rozita ada kat bawah tu"
Jeng jeng jeng. Terngiang-ngiang hingga ke hari ini. hahahaha. Mesti semua orang pun tak sangka termasuklah cik zieta. Alhamdulillah. Kesabaran membuahkan kejayaan. Bermunajat kepada Illahi agar dipermudahkan segala urusan. Aamiin Ya Rabb. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih wahai Guru. Sayang kerana Allah.
Langkah demi langkah...InsyaAllah.
Dah tak nak fikir hal-hal yang entah apa-apa. tak payah fikirpun.. kan.. Tapi bangun pagi satu je fikir, malasnya nak pergi kerja. Ya Allah, boleh tak cik zieta nak minta seorang suami yang nak jaga cik zieta sepenuh hati. Yang hanya menginginkan cik zieta menjadi suri rumah tangga menguruskan halnya dan anak-anak sahaja. Cik zieta dah tak berminat untuk masuk ke pejabat. Cik zieta dah tak betah untuk berada di mana-mana melainkan berada di rumah dan di tempat pengajian sahaja. huhuhu.. T__T..
Allah kan Maha Kaya, minta je la kan. Andai itu yang terbaik dalam perancangan Allah pasti Allah akan kabul. Wallahu a'lam. Rupanya inilah jawapan kenapa cik zieta dah tak bermaya untuk bekerja. Hati yang terbeban hanya terubat bila datang ke taman syurga. Sampai ada teman sepengajian yang menegur:
'mengapa termenung jauh'
"ada yang tersarat, terbeban di jiwa"
'ceritalah.. mungkin boleh kurang derita'
"tak apa kak..terima kasih"
Sungguh baik budi kakak ini. Semoga Allah merahmati. Sukar meluah apa yang ada di jiwa kak. Cukuplah apa yang dirasa ini ku curah pada Illahi. Dia Lebih Mengetahui. Tak perlu menambah masalah mereka dengan penderitaan jiwa cik zieta. hahaha.. Apa hal makan tak lalu.. mandi tak basah.. tapi tidur masih juga lena walaupun kadang-kadang mengalirkan air mata (tetiba nak drama sangat kan).. hihihi.
Sabarlah wahai hati. Semua orang pun ada masalah. tak gitew. Qowiy zieta. Banyakkan berzikir semoga Allah beri kekuatan untuk menempuh hidup ini. Aamiin. Yeaaayyy cik zieta kuat (pujuk hati).
Rindu mak!!!! |
17 Jamadilakhir 1438H |
Ulasan
♥ SubhanaAllah.. suke la tew Syeikh dok sebut nama dye.. Hehe..
♥ Jangan ingat Syeikh tak kenai anak² didik dye.. Kite mana nak tau kan guru nie dalam diam dye dok perhatikan jek perangai anak² didik dye..
♥ Tumpang happy untuk Cik Zieta.. Cik Qina tak tau la bila dapat merasa berguru mcm Cik Zieta..
♥ InsyaAllah.. Cik Zieta doakan untuk Cik Qina ek..
Luv,
Cik Qina
hihihi.. malu ja. InsyaAllah cik qina. Jangan berhenti mengharap. Mungkin masanya belum tiba untuk berjumpa. Semoga cik qina dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. aamiin..
Catat Ulasan