Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tahu tak... cik zieta menjumpai kata-kata oleh Sayyidina Al-Habib Umar Al-Hafidz yang terlalu besar maknanya.
Hi.. cik zieta datang lagi... hehehe.. @_@.. konon nak pergi.. sekejap je la pastu dok teringat-ingat kat 'Jom Petik Bunga'.. Kebun tu terlalu banyak kuntuman bunga sehingga cik zieta tercium wangiannya. Bagaikan taman syurga yang sebenarnya tak pernah diketahui bagaimana wujudnya kecuali bagi mereka yang telah mati.
Heh cik zieta buat entri untuk cik qina yang masih mahu cik zieta merepek di alam maya. hahaha... Taklah.. cik zieta masih ada rindu.. rindu itu tidak mahu menjauh.. 💖
Tahu tak... cik zieta menjumpai kata-kata oleh Sayyidina Al-Habib Umar Al-Hafidz yang terlalu besar maknanya.
"JIKA KAMU MERASA MERANA KERANA RINDU KEPADA ALLAH DAN KEKASIH-NYA, MUHAMMAD SAW, KAMU TAK AKAN MERANA LAGI KERANA RINDU KEPADA SESEORANG"
Ingat tak... kisah seorang pemuda yang memohon kepada Nabi Isa as agar didoakan hatinya dipenuhi cinta kepada Allah SWT. Nabi Isa as cakap kau tak akan mampu menanggungnya. Dia minta juga Nabi Isa doakan dia separuh dari itu. Lastly, Nabi Isa as doakan untuk sekelumit hatinya dipenuhi cinta kepada Allah SWT dan pemuda itu menjadi gila kerana Cinta Allah. Macam mana nak faham tu. Hanya mereka yang rasa yang faham dan mereka sendiri pun belum tentu dapat mengatakan dengan kata-kata.
Cik zieta masih merindui blog ni. Tu la pasal tu masih nak menaip lagi.. hihihi. Nak-nak pula bila hati rasa terlalu bahagia. Tengok langit terasa kebahagiaannya.. tengok si biru ada kebahagiaannya.. tengok blok A19 tu pun penuh dengan kebahagiaan rasanya. Kalau boleh nak rasa ini kekal selamanya di dalam hati. InsyaAllah.
Saifudin aka Laksamana Sunan selalu buat cik zieta terinspirasi... cintamu kepada Illahi.. Allahu Rabbi.

7 Jamadilakhir 1438H |
Ulasan
Catat Ulasan