Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
~hi.. cik zieta datang lagi.. entri khas untuk cik qina yang masih mahu cik zieta merepek di alam maya.. hahaha
*****
Kau rasa apa... bila ada seorang perempuan mengingati hari lahir kau dan kau tak pernah terfikir pun yang dia akan mengingati tarikh lahir kau.
Kau rasa apa.. bila ada seorang perempuan yang selalu mendoakan kebahagiaan dan kejayaaan kau dalam diam-diam dan kau tak pernah tahu pun yang dia selalu mendoakan kau.
Kau rasa apa.. bila ada seorang perempuan yang selalu cuba menolong kau biarpun dia sendiri tahu tiada apa yang dia dapat buat untuk membantu kau di dalam kesusahan kau.
Kau rasa apa.. bila ada seorang perempuan yang menyukai kau dalam hidupnya tetapi kau tak pernah menyedari akan kehadirannya.
Dan dia hanya memandangmu dari kejauhan di dalam balam-balam air mata kerana dia tahu di dalam hatinya hanya perlu ada cinta yang selayaknya untuk dia. Sesekali dia tak akan mencemari cinta yang suci.
Dan dia juga tahu... di dalam diam-diam ada dia yang juga melakukan perkara yang sama buat dirinya dan dia sendiri tidak tahu siapakah gerangannya.. ",)
Cinta kerana Allah.. Illahi Rabbi |
~Jiwang pulakkan dia. hahaha... moral of story kau jagalah hati kau baik-baik. Kau isi hati kau dengan CinTa Allah sebelum kau bagi hati kau kepada makhluq supaya kau tahu CINTA itu terlalu tinggi nilainya. Sekian.
~Buat sekian kalinya.. cik zieta tak boleh berhenti untuk berimaginasi.. menulis itu sebati di dalam diri. merepek pun sama... hahaha.. >_<
~Buat sekian kalinya.. cik zieta tak boleh berhenti untuk berimaginasi.. menulis itu sebati di dalam diri. merepek pun sama... hahaha.. >_<
Ulasan
♥ Hahahahaha terima kasih la Cik Zieta yg chweeett nie..
♥ Ala bukan apa, sye suke baca story² orang nie.. ada pengajaran di setiap entri..
♥ So, teruskan lah mencoret di alam maya nie ye Cik Zieta..
Luv,
Cik Qina
hahaha.. baca kita punye cerita ja.. dia punye cerita main sembunyi plak.. >_<
Catat Ulasan