~Keletah Budak Opis~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Betul tak ejaan cik zieta.. keletah???... tiba-tiba terlupa ejaan macam mana. Lawak betoi bila terkenang Kak Yati dan Cik Uji. Mereka je la kawan bersembang baik sikit kat opis ni. Keduanya ngam betoi. Sama-sama kuat makan. Kalau tengok depa makan cik zieta dah kenyang. Cik zieta jarang tergugat dengan godaan-godaan mereka. "Sory saya pose". hahaha.. tensen ja depa. 

Hari ni hari jumaat. Hoooreeey.. rehat lama. Cik zieta biasa la aktiviti membuat taik mata. Terukkan. Sekejap ja tido. Qailullah. Lagipun malam tadi tidur lambat. Balik dari tempat pengajian dah 12.30 am. Tu belum campur cik zieta buat aktiviti-aktiviti lain sebelum tido. Huhu.. Pukul berapa tido eh semalam. Campur melayan perasaan lagi.. huh menyampah. Ada ja ko perasaan yang selalu buat mata dan aqal tak berhenti untuk berfikir, 

Kak Yati dan Cik Uji mengajak ke Alamanda. Amboooiii korang. Taknak. Malas. Jawapan cik zieta.

Dialog Cik Uji yang buat cik zieta geli hati.

"Asyik memerap dalam opis.. otak tak berkembang langsung"

"Saya memang tak nak berkembang. Saya tak nak cipta kenangan"

"Apa masalahnya dengan kenangan. Ni mesti banyak kenangan sedih. Cuba cipta kenangan dengan kita orang ni mesti happy ja. Hidup ni memang macam tu. Singkat ja. Kita ni yang kena cipta kenangan yang menggembirakan"

"Saya suka cipta kenangan di bawah meja saya. hahaha"

"k bai"

*****

"Korang pergi alamanda jalan kaki ke? macam tak percaya"

"Ye la.. ingat kita orang tak ada kemampuan ke?"

"Mesti korang nak cipta banyak kenangan di perjalanan kan.. hahaha"

"Kenangan sebelum kak Yati balik Kelantan"

"Ok.. Jalan baik-baik"
 
"Tak mau la jalan baik-baik"

"hahaha"

ngeh-ngeh.. ada ja jawapan Cik Uji. Kak Yati cuma tersengeh kalau dengar Cik Zieta dan Cik Uji berdialog.

*****

Pandai kan cakap cik zieta tak berkembang. Amboiiii. Cik zieta malas la. cukup la cik zieta berseorangan dan bersendirian. Seorang dalam keramaian. Huhu. 

Semalam cik zieta cakap pada hati cukup-cukuplah mencipta kenangan yang payah nak dilupa. Tapi puisi saya hendak pindah rumah tu saja dah mengimbau banyak kenangan. akhirnya cik zieta berdiam diri. Buatlah andaian sendiri... kenapa melor puteri dan aku suka benda yang sama. 'PUISI'. Hahahaha.. puisi saja pun taknak kongsi.. mesti kau rasa aku cemburu. cik zieta bukan cemburu.. bahkan lebih hebat dari itu.....





8 Syaaban 1438H

















Ulasan