~Malam Sofia~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Cik zieta namakan malam 28.4.2017 ini sebagai malam sofia. Tahniah sahabat kerana menamatkan zaman solonya pada malam tersebut (entri lambat).. doa cik zieta semoga awak menjadi isteri yang solehah. Jangan nakal tau. haha. Aamiin Ya Rabb.

Alhamdulillah dengan rahmatNya cik zieta dapat hadir ke majlis ditemani cik dayah. Bahagia sangat dapat tengok cik sofia bergelar puan sofia malam tu. Cik zieta disambut mesra oleh mak mertua tak jadi - cik sufiah aka mak sofia.. haha.. cik sufiah berkenan nak buat cik zieta menantu tapi itu la.. mulanya cik zieta ok jugak nak kenal dengan abang sofia tapi tetiba cik zieta rasa tak sedap hati. Macam si dia ada seseorang yang sedang dinanti.. luka di hati belum terubat agaknya. Sebelum projek berjalan cik zieta dah undur diri. haha.

Serius cik sufiah sangat baik orangnya. Pertama kali tengok jatuh cinta. Bukan jatuh cinta tengok anak tapi tengok mak. (rugi tak amik cik zieta jadi menantu tau. mesti sayang mak mertua lebih. hahaha) Kiranya cik zieta nak kenal dengan abang sofia pun sebab rasa bahagia sangat kalau dapat mak mertua macam cik sufiah. Lembut orangnya. Tak kenal anaknya pun cik zieta boleh setuju la. Tapi kata hati lebih cik zieta dengari. Untung laaaa menantu-menantu cik sufiah.

Cik zieta menyelam sambil minum air. Dalam majlis pernikahan tu sempat memandang abang sofia. Haha.. entahlah cik zieta pun tak tahu pernah terserempak ke tidak. Pernah sekali cik zieta parking di belakang kereta seorang lelaki di zauwiyah. macam dia ke adik dia.. tak cam pun. Masa cik zieta lalu dia masih kat kereta memandang cik zieta. Biasa la cik zieta lalu tanpa perasaan pun.. hmmm. Diakah? Wabs.. nampak kan cik zieta tak pandang orang tapi hati cik zieta masih bersuluh walaupun mata tertunduk... hati kau.. dushhh!

Apapun famili ni memang sangat baik. Tinggal si abang yang belum berkahwin. Cik zieta doakan yang terbaik untuknya. cik zieta memang tak layak pun untuk dia. 😅.. cik zieta tak layak pun untuk siapa-siapa.. (melankolik tak ayat ni)..huhu.. Buat sahabatku sofia, awak nampak comei sangat malam tu. Yang tak boleh tahan bila sofia diminta untuk berkata sepatah dua kata. Perghhhh berpatah-patah dia cakap. Tanpa teks. Luahan dari hati sungguh. Sampai cik zieta bergenang air mata. melampau la awak sofia buat kami sadis. huhu.

Cik zieta tengah buat laporan tapi cik zieta boleh masuk blog menaip.. hohoho.. berkat tak rezeki cik zieta. adeei.. tengah tunggu derang la ni bagi data. Pukul 4 nak kena hantar ni woooi. Dah siap entri ni laporan tak siap lagi. menci la...






6 Syaaban 1438H







Ulasan