~Selamat Bertunang Cinta~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Selamat menjadi tunangan orang   ๐Ÿ’






Lamanya tak update blog. Perubahan cuaca agaknya. hahaha. Tetiba cuaca disalahkan.

Alhamdulillah.. Selamat menjadi tunang Encik Salman pada 21/09/2017. Hadiah harijadi yang indah. Terima kasih Ya Allah kerana menamatkan tanda tanya siapa dia di dalam hidupku. Penat berendam air mata menjaga hati supaya tak tergelincir di dalam maksiat dan dosa. Bahagia sangat bila yang melamar itu syeikh, guru yang dihormati. Terima kasih wahai guru. Sungguh perjalanan ini selalu diisi dangan cerita yang tidak disangka.

Aku dan Dia
Biarpun kami ada rasa yang sama
Tak pernah diluah dengan kata-kata
Kerna aku tahu cintanya terhadap guru
Tiada mana-mana gadis pun yang mendahulu

Aku dan Dia
Yang selalu tahu
Memang andai takdir untuk kami bersatu
Pastilah akan tiba waktu itu
Rencana Tuhan pastilah tentu

Maka aku serah segala pada DIA
Biar DIA menentukan segala
Yang aku pinta hanya satu
Apapun ceritanya semoga bertambah cintaku padaMU

Itu namanya cinta dalam diam. Hahaha. Sebab bila buat istikharah En. Salman juga yang selalu ada. Walaupun waktu tu tak nampak pun jalan cerita kami berdua akan bersama. Sebaik mungkin menjaga perasaan masing-masing. Yang cik zieta pasti, kami akan selalu bergaduh akhirnya. Sebelum syeikh melamar kami kerap pula berjumpa. Waktu tu dia dah berani mengusik cik zieta. Owh rupanya memang dalam perancangan untuk melamar. Ceritanya masih panjang yang dirahsiakan oleh En Salman.. katanya nantilah kita cerita.. serius?.. kalau tak cerita siap.. sebab dah janjikan.. hahaha

Waktu entri ini ditaip cik zieta sedang menghitung hari untuk menjadi seorang isteri. InsyaAllah 22/12/2017. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan dan semoga semuanya berada di dalam redha Allah. 15 hari lagi. Rasanya macam jauh ja lagi. Weeeiii orang semua tanya 'tak berdebar ka?'. Sebelum ni tak rasa pula tapi bila cik zieta taip entri ni dan nampak angka 15.. gulp!!!. Takut la pula.. haha

Ya Allah labuhkan cintaku terlebih dahulu kepadaMu sebelum ia berbahagi kepada makhlukMu. Sungguh aku takut Ya Allah andai nikmat ini membuat aku lalai denganMU. Lalai dalam mengingatiMu. Allahu Rabbi. Tolong jaga hati kami berdua agar sentiasa mendahulukanMU dalam segala urusan apatah lagi bila ia melibatkan dunia.

Doakan cik zieta menjadi isteri yang menjadi penyejuk mata dan penawar hati buat suami. Aamiin Allahumma Aamiin. :)


17 Rabiul Awal 1439 H












 











Ulasan

Love Qina berkata…
♥ Assalamu'alaikum.. Selamat Pengantin Baru Cik Zieta.. Jap jek kan.. Baru jek bertunang.. Now dah jadi isteri.. Semoga berbahagia hingga ke Jannah..

Luv,
Qina
Unknown berkata…
Waalaikumussalam.. terima kasih cik Qina.. melampau kan dah 7 bulan baru reply mesej... Alhamdulillah.. semoga Allah membahagiakan dirimu juga wahai sahabat.. Tqsm :)